Wednesday, 19 July 2017

KESAN - KESAN AKIBAT KETIDAKHARMONIAN ANTARA KAUM


  Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.

      Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara.

    Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
    
1.Mengancam Keselamatan Negara
      
    Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.

     Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.

2.Menjejaskan Imej Negara
    
    Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.

     Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain.

    Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.

    Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.

Monday, 10 July 2017

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


                Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

                Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam mewujudkan Negara yang aman dan makmur dalam kalangan rakyat adalah dengan  mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka . Contohnya, pihak sekolah menjalankan gotong royong di persekitaran kawasan sekolah. Dengan itu, kita dapat meringankan kerja serta memudahkan kerja sesuatu.


AKTIVITI GOTONG-ROYONG






                Selain itu, kita juga boleh mewujudkan perpaduan dengan meraikan hari-hari perayaan kaum Malaysia secara bersama-sama. Kita boleh berkunjung mengunjung antara satu sama lain, dengan itu, kita dapat mengeratkan silaturahim antara kaum kaum di Malaysia.Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain. Sikap kunjung mengunjung boleh menjadikan sesuatu kaum untuk memahami perayaan masing-masing serta menghormati antara satu sama lain.

HARI-HARI PERAYAAN 







                








               Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga merupakan salah satu saluran bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya, bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan lain-lain. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan generasi muda kerana sekolah merupakan medan pertemuan kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam aktiviti sukan tidak mengambil kira aspek kaum.


SUKAN DAN PERMAINAN










              









             Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu,orang Cina,orang India dan kaum yang lain.



             Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai bersopan-santun,kesederhanaan,keindahan dan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga,jiran tetangga dan masyarakat.Walaubagaimanapun,kebudayaan di Malaysia melalui budaya Cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang Melayu.Oleh itu,kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.




            Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan,perayaan,kesultanaan dan sebagainya.Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum Muslim,mahupun India dan Cina.Kesemua kaum bergotong-royong untuk menyambut perayaan tersebut.Setiap kali perayaan,aktiviti kunjung-mengkunjungi ini akan dijalankan dari rumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan.Oleh itu,upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.




          Dari segi bahasa pula,bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.

Penggunaan satu bahasa pehubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini

         




               Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan masyarakat di negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat.Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama agar negara kita kekal aman dan damai.



Rujukan

http://purpleturtle-impianinsan.blogspot.my/2010/08/sosial-budaya.html