Tuesday 5 September 2017

KESIMPULAN / PENGAJARAN

       Di Malaysia kita mempunyai rakyat yang berbeza agama,budaya,adat resam dan bahasa.Rakyat Malaysia perlu memberi komitmen yang penuh untuk memucu pembangunan negara.Kerajaan kita telah mengambil beberapa tidakan bagi membentuk kesepaduan bangsa Malaysia dalam kepelbagaian kaum dan agama.Antaranya menggubal dasar-dasar seperti Wawasan 2020 ,Gagasan 1 Malaysia ,Dasar Sosial Negara dan sebagainya bagi memelihara cara hidup demokratik,kemajuan dan kemakmuran negara .perpaduan menjadi satu keperluan sebagai asas kepada kehidupan yang aman dan damai.

      kita sebagai rakyat Malaysia perlulah bersatupadu dalam pelbagai kaum supaya tidak mudah ditangkas oleh kuasa Barat yang rakus.Kita harus bantu membantu antara pelbagai kaum.Kerjasama amat penting untuk membentuk kerjasama meliputi pelbagai aspek sama ada dalam perhubungan sosial,ekonomi atau politik tanpa mengira perbezaan warna kulit,bahasa dan kepercayaan seseorang.oleh itu,kita semua perlu mengalakkan genersi muda supaya terlibat dengan program-program yang berkaitan perpaduan seperti gotong royong ,rumah terbuka ,dan lain-lain.Perpaduan merupakan satu keadaan yang menunjukkan bahawa masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bersatu dan menerima antara satu sama lain.  Rakyat Malaysia perlu mempunyai sikap bertolak ansur dan meghormati satu sama lain.Harap bangsa Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni supaya disegani oleh masyarakat dunia.


Thursday 31 August 2017

FAKTOR - FAKTOR BERLAKUNYA KETIDAKHARMONIAN HUBUNGAN ANTARA KAUM



        Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kenyataan di atas. Pertama sekali merupakan faktor sistem pendidikan yang berasingan.Rakyat Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza dan sistem persekolahan yang tersendiri. Ini sekaligus memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Misalnya, sekolah aliran kebangsaan akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

     Justeru, majoriti kaum Melayu yang akan menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi para pelajar yang berbeza kaum dengan kaum yang berlainan sangat-sangat terhad.Persefahaman antara satu sama lain juga tidak disampaikan dengan sepenuhnya. Tambahan pula, sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan untuk mencari kekayaan, orang Cina tidak lupa akan tanggungjawab sosial mereka iaitu mendidik kanak-kanak Cina agar mereka mewarisi bahasa dan budaya etnik Cina.

      Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi satu agenda penting kepada mereka. Selain daripada itu, ibu bapa yang tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan tetapi menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan yang merasakan struktur pendidikan tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka juga menjauhi hubungan antara etnik.

       Faktor yang kedua ialah keadaan politik di negara kita. Isu-isu mengenai bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering kali dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Teknik-teknik yang digunakan oleh orang politik berkenaan isu sensitif tersebut akan memberikan impak yang negatif kepada rakyat.

     Setiap kaum akan cuba mempertahankan hak mereka bagi mendapatkan satu keadaan yang sama rata. Sebagai contoh, parti-parti politik tertentu cuba mengambil peluang untuk menimbulkan perasaan kurang senang hati di kalangan masyarakat dan seterusnya menyebarkan propaganda berkenaan isu perkauman.Di samping itu, perbezaan nilai antara etnik juga mengakibatkan hubungan antara kaum bertambah rumit. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa yang berlainan. Justeru, setiap kaum akan mengamalkan ciri-ciri yang kemudiannya menjadi identiti diri mereka. Persoalannya apabila identiti mereka dipersoalkan, kesejahteraan dan keamanan negara akan terancam.Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar.

    Anggota etnik akan memilih etnik yang sama dengan mereka sebagai kawan mahupun rakan sekerja. Mereka mendapati sukar untuk mengadaptasikan diri dan menerima budaya etnik yang lain dan menganggapnya tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka dalam kehidupan seharian.Sebagai contohnya, sesetengah pensyarah di IPTA terpaksa mengagihkan ahli kumpulan kerja kursus dengan memastikan setiap etnik terdapat dalam sesebuah kumpulan itu.

           
   Walaubagaimanapun, cara tersebut tidak memberikan kesan yang diingini kerana masalah komunikasi dan ketidakselesaan wujud di kalangan etnik. Masalah saling menyalahkan etnik-etnik tertentu akan wujud.British telah menempatkan kaum-kaum tertentu kepada sektor-sektor ekonomi yang berbeza semasa Tanah Melayu masih dijajah. Misalnya, kaum Melayu telah ditempatkan di sektor pertanian yang berada di luar bandar. Sektor tersebut memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah.

       Bagi kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan atau perniagaan yang melibatkan teknologi tinggi. Manakala kaum India pula terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit. Agihan tersebut mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara dan tidak seimbang.Kaum Melayu dan India akan berhadapan dengan kemiskinan manakala kaum Cina akan terus mencari peluang-peluang perniagaan bagi mengukuhkan kemewahan mereka.

      Perasaan tidak puas hati di antara etnik akan wujud. Justeru, ini akan menyebabkan etnik-etnik berusaha untuk mempertahankan hak-hak mereka serta kesaksamaan. Proses mempertahankan hak tersebut akan merosakkan hubungan kaum kerana masing-masing mahu menjuarai perjuangan mereka

Thursday 17 August 2017

PERPADUAN







           Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdir daripada pelbagai kaum dan agama. Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara . Perpaduan tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai usaha kerajaan untuk memupuk isu perpaduan kaum di Malaysia termasuklah memperkenalkan pendidikan Sivik dan kewarganegaraan sejak di bangku sekolah. Justeru, tanpa unsur perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan tidak dapat dinikmati.

            Setiap kaum mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masing yang boleh diamalkan dengan aman dan damai.Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah laku,kepercayaan dan sebagainya.Ianya juga suatu peraturan yang diamalkan secara turun-temurun dalam masyarakt sehingga menjadi suatu hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.Peraturan ini menjadi kebiasaan dan tabiat manusia semula jadi serta kemestian yang  diikuti dari satu generasi yang lain bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu.Adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan uang merangkumi seluruh aspek kehidupan  seperti kelahiran,perkahwinan dan kematian.

              Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.Di Malaysia,adat resam dan kebudayaan dapat dilihat dalam kehidupan bagi setiap ras seperti adat resam masyarakat Melayu,Cina dan India.Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama,penduduk Malaysia masih tetap hidup dalam suasana yang harmoni dan boleh mengamalkan amalan agama masing-masing.Kesimpulannya,sebagai masyarakat Malaysia kita hendaklah tidak mementertawakan atau mengejek adat resam kaum lain dan memberikan pandangan yang positif terhadap kaum lain.Walaupun kita tidak dapat membantu mereka semasa upacara adat resam,sekurang-kurangnya berkunjung ke rumah kaum lain pada hari upacara adat resam.





            Kebudayaan dan adat masyarakt Malaysia walaupun berbeza,namun mempunyai asas yanfg sama iaitu membentuk keperibadian dan jati diri individu ke arah yang lebih baik.Melaui usaha membentuk identiti dan keperibadian kebangsaan,ia membolehkan masyarakat negara kita berinteraksi dengan lebih baik di antara sama dalam melaksanakan matlamat yang sama iaitu untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berpegang teguh  dengan ajaran agama masing-masing dan mementingkan nilai-nilai murni yang diajar didalam agama mereka.Interaksi antara kaum ini penting untuk menghindari masyarakat daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan.Interaksi antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan ke arah perpaduan nasional dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. 



GAMBAR:
ORANG MELAYU




AMALAN MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

ADAT PERKAHWINAN

ORANG INDIA

UPACARA PERKAHWINAN


UPACARA MEMBERIKAN NAMA

ORANG CINA
JAMUAN MAKAN BERSAMA

UPACARA PERKAHWINAN






                
RUJUKAN:
1)https://www.google.com/search?sclient=psy-ab&q=bagaimana+menghormati+adat+resam+agama+lain&oq=bagaimana+menghormati+adat+resam+agama+lain&gs_l=serp.3...1303.11357.1.12097.23.22.0.0.0.0.0.0..0.0....0...1c.1.64.psy-ab..23.0.0.NyBenHi8OPA&pbx=1&bav=on.2,or.&bvm=bv.143423383,d.c2I&biw=1024&bih=499&ech=1&psi=lLhwWKePBYr-vAS_853ICQ.1483782464749.17&ei=lLhwWKePBYr-vAS_853ICQ&emsg=NCSR&noj=1
2) https://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/
3) http://suemrsmkuch.blogspot.my/2014/07/tema-4-warisan-kepelbagaian-budaya-di.html


Sunday 6 August 2017

KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA





         Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.         
      
        Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.




          
        Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.         
         
         Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.                 
        

         Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.Perpaduan kaum  membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa. 

                  


                              
         

        Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam  mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

Wednesday 19 July 2017

KESAN - KESAN AKIBAT KETIDAKHARMONIAN ANTARA KAUM


  Hubungan ketidakharmonian antara kaum akan mengakibatkan negara kita berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Hal ini akan mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan antara kaum. Keadaan yang tidak stabil ini akan membimbangkan para pelabur.

      Sekiranya, sesebuah negara mengalami suasana huru-hara, pelabur asing akan terasa bimbang terhadap modal yang dilaburkan juga tentang keselamatan perniagaan mereka di negara ini.Kemerosotan ekonomi akan melambatkan proses perkembangan dan kemajuan negara kerana kehidupan rakyat yang derita akibat kenaikan harga barang secara mendatar dan kemunduran teknologi kerana tiada sumbangan modal daripada para pelabur di dalam mahupun dari luar negara.

    Malahan, taraf hidup penduduk akan menjadi rendah akibat ketiadaan peluang pekerjaan. Oleh hal yang sedemikian, perpaduan di kalangan rakyat menjadi salah satu faktor penting dalam penjanaan ekonomi negara.
    
1.Mengancam Keselamatan Negara
      
    Pertahanan bagi sesebuah negara juga banyak bergantung kepada rakyatnya. Secara langsungnya, hubungan tegang antara rakyat akibat daripada perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara.

     Hal ini demikian kerana hubungan yang harmonis di kalangan rakyat secara tidak langsungnya akan mewujudkan sebuah tembok pertahanan yang kukuh dan dapat menjamin keselamatan sesebuah negara.Negara yang kacau bilau bukan sahaja terdedah kepada ancaman dari dalaman tetapi juga dari luar yang melihat ini sebagai peluang untuk campur tangan sekaligus membuka peluang untuk menguasai negara tersebut sama ada secara halus atau pun terang-terangan.

2.Menjejaskan Imej Negara
    
    Bagi sebuah negara yang tidak aman, ia akan menjadi tajuk perbualan di peringkat global. Imej negara terjejas dan keadaan ini menjadi buruk apabila kita akan ditolak sama sekali untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara maju yang lain.

     Negara akan menjadi mundur sementara negara-negara yang tidak mengalami pergolakan kaum akan mencapai kejayaan secara berterusan. Tanpa keamanan, negara tersebut sukar untuk melakukan sesuatu yang dapat membanggakan mahupun menarik perhatian negara lain.

    Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmonis wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan di peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara tersebut bukan sahaja akan disegani oleh negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain.

    Hubungan antara negara akan berjaya dianjurkan dan pelbagai peluang kerjasama akan wujud lalu membawa keuntungan ekonomi, sosial mahupun politik.

Monday 10 July 2017

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA


                Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

                Antara usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam mewujudkan Negara yang aman dan makmur dalam kalangan rakyat adalah dengan  mengadakan aktiviti gotong-royong.Aktiviti ini merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka . Contohnya, pihak sekolah menjalankan gotong royong di persekitaran kawasan sekolah. Dengan itu, kita dapat meringankan kerja serta memudahkan kerja sesuatu.


AKTIVITI GOTONG-ROYONG






                Selain itu, kita juga boleh mewujudkan perpaduan dengan meraikan hari-hari perayaan kaum Malaysia secara bersama-sama. Kita boleh berkunjung mengunjung antara satu sama lain, dengan itu, kita dapat mengeratkan silaturahim antara kaum kaum di Malaysia.Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina dan lain-lain. Sikap kunjung mengunjung boleh menjadikan sesuatu kaum untuk memahami perayaan masing-masing serta menghormati antara satu sama lain.

HARI-HARI PERAYAAN 







                








               Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga merupakan salah satu saluran bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya, bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan lain-lain. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan generasi muda kerana sekolah merupakan medan pertemuan kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam aktiviti sukan tidak mengambil kira aspek kaum.


SUKAN DAN PERMAINAN










              









             Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu,orang Cina,orang India dan kaum yang lain.



             Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai bersopan-santun,kesederhanaan,keindahan dan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga,jiran tetangga dan masyarakat.Walaubagaimanapun,kebudayaan di Malaysia melalui budaya Cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang Melayu.Oleh itu,kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia.




            Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan,perayaan,kesultanaan dan sebagainya.Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum Muslim,mahupun India dan Cina.Kesemua kaum bergotong-royong untuk menyambut perayaan tersebut.Setiap kali perayaan,aktiviti kunjung-mengkunjungi ini akan dijalankan dari rumah ke rumah tanpa mengira kaum dan keturunan.Oleh itu,upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.




          Dari segi bahasa pula,bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama.Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.

Penggunaan satu bahasa pehubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini

         




               Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan masyarakat di negara kita . Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai. Upacara aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat.Oleh itu,masyarakat harus mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama agar negara kita kekal aman dan damai.



Rujukan

http://purpleturtle-impianinsan.blogspot.my/2010/08/sosial-budaya.html