Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang
berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi
antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru
itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita
boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu
sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan
supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.
Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain.Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa. Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama. |
Sunday, 6 August 2017
KEPENTINGAN PERPADUAN DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment